Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Tan Sri Syed
Umur : 63 Tahun
Tarikh Lahir : 1951
Asal : Alor Setar, Kedah
Pendidikan : SPM
Mula Berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan
kerbau)
Latar
Belakang Kehidupan
Beliau
dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Sebelum beliau menetap di
kedah, keluarganya iaitu bapa mengembara ke asia tengah untuk berniaga. Pada
tahun 1946, bapanya berkahwin dan menetap di Alor setar. Sebelum beliau hidup
menjadi jutawan, beliau dahulunya seorang yang miskin dan hidup dalam serba
kekurangan. Malah di katakan, rumah kayunya yang terletak di kampung Hutan
Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar
memulakan persekolahannya di alor Setar. Pada umur beliau 9 tahun, beliau telah
di hantar keluarganya ke Johor Baru untuk tinggal bersama-sama bapa saudaranya
yang bernama Syed Omar. Setelah berada di sana hinggalah beliau tingkatan 2,
beliau pulang ke kampung halaman dan bersekolah hingga ke tingkatan lima di
Sekolah Saint Micheals. Beliau membuktikan bahawa walaupun tidak mempunyai
pendidikan yang tinggi, namun itu bukan faktor yang menghalang beliau untuk
berjaya sehingga di gelar jutawan.
Kemiskinan
Disebabkan keluarganya
kurang berkemampuan, Tan Sri menolong keluarga dengan menanam sayur-sayuran dan
menjualnya di pasar di jalan Telok Wan Jah. Beliau menjual roti canai di pasar
yang sama.
Bapanya selalu meminta
tolong beliau untuk membuat simpan kira sewaktu beliau berada di sekolah pada
waktu rehat. Selepas waktu sekolah, beliau akan menggembala haiwan peliharaan
bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api di Alor Setar.
Beliau banyak memperoleh ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja
tersebut.
Permulaan
Pada tahun 1970-an,
perniagaan binatang ternakan bapanya telah mengalami kerugian di sebabkan oleh
tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu kemudian merebak ke Thailand,
Kedah, Perlis yang menyebabkan semua binatang ternakan bapanya mati begitu
sahaja. Bermula dari itu, beliau membuat keputusan untuk mengambil alih
perniagaan bapanya dan di sebabkan kemerosotan dalam perniagaan menyebabkan
beliau tidak lagi melibatkan diri dalam
bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Beliau menjual daging
dengan cara membeli daging yang tidaqk terjual dan kemudian menjual balik
kepada peniaga bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar dengan
membungkus daging tersebut bersama ais. Perniagaan beliau telah berjaya dan
kejayaan beliau mendorong beliau untuk teruskan lagi usaha dalam bidang
perniagaan.
Selepas itu beliau
beralih pula dari menjual daging kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun
1972, Tan Sri telah berjaya mendapat permit bagi empat buah lori kelas A.
Beliau mendapat bantuan tajaan pinjaman sebanyak rm110,000 daripada pihak MARA
yang di gunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Walaupun beliau
hanya mampu untuk membeli dua buah lori, beliau mendapat empat permit lori.
Seorang peniaga Cina
telah menawarkan sejumlah wang untuk membeli baki permit yang ada pada beliau.
Namun Tan Sri enggan untuk menjualnya kepada peniaga cina tersebut dan
menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua lori, beliau
mula membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa
dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya. Beliau menggunakan
lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras yang masih wujud hingga ke hari
ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Mula
menubuhkan syarikat
Pada
tahun 1974, beliau membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah
di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
Kemudian pada tahun 1975, beliau mula menubuhkan Syarikat Shah dan memohon
lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang di kenali sebagai
Bernas. Kemudian dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke FELDA,
MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd. iaitu syarikat Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Kemudian beliau membuat usaha sama dengan dua
peniaga Cina iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Kedua-dua mereka
masing-masing pedagang beras dan juga pengilang beras. Dalam syarikat usaha
sama tersebut, beliau memegang kepentingan sebanyak 52 peratus. Perniagaan
usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu mulakan operasi pada 15 Julai
1976 di pejabatnya di jalan Telok Wan Jah.
Mula
Berkembang
Tan Sri kemudiannya mengembangkan lagi perniagaannya
kepada komoditi lain pula iaitu gula. Perniagaan gula ini masih dijalankan
sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. pendapatan tahunan Bukhary Sdn.
Bhd. kini mencecah sehingga rm250 juta.
Setahun lepas itu, beliau menubuhkan Bukhary (KL)
Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan
kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan
Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) dijalankan di rumah kedai empat tingkat di
Jalan Pahang yang juga di beli melalui UDA melalui sewa beli. Kemudian beliau
diberi kontrak kerajaan untuk membekalkan beras, the, tepung susu, tepung
coklat dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Beliau mengubah suai bahagian
bawah pejabatnya menjadi pusat pembungkusan.
Selepas mendapat kontrak
pembekalan, beliau kemudian menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979 yang
merupakan syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products yang memegang
sebanyak 51 peratus kepentingan dalam syarikat ini. Produk ini dipasarkan di
bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Namun pada tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual
kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso
Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar
menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma
bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau
pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke
pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada
sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian
seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi
membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang
pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari
pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan
menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan
Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments
Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang
berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur
pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi
membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian
berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut
tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek
Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan
perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak
Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi
CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal
buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari
Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami
kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga
USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula melibatkan diri dalam sektor pembangunan
hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan
beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor
Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga
RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135
juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung
Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan
dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark
dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan
Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya,
Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan
Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3
sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga
memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan
elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana
perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat
dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International
Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor
perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad,
syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus
kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.