Glitter Text Generator at TextSpace.net

Monday, 9 December 2013

ULASAN

ULASAN KETIGA-TIGA USAHAWAN :

Usahawan merupakan seorang yang berani mengambil risiko dalam perniagaan yang di ceburi. Di Malaysia terdapat ramai usahawan Melayu yang bergelar jutawan. Antaranya ialah Tan Syed Mohktar Al-Bukhary, Datuk Mokhzani Mahathir. Kemahiran yang di miliki oleh usahawan adalah sangat tinggi dan berfikir jauh ke depan. Ciri-ciri usahawan bermula pada usia yang muda dan kemudian di pupuk ketika meningkat usia. Sesetengah usahawan pula bermula pada usia pertengahan dan kemudian menjadi usahawan pada usia yang lewat, namun, bukan usia yang menjadi alasan untuk berjaya. Usahawan yang menjalankan perniagaan biasanya berkait rapat dengan risiko. Sejauh manakah atau sebesar manakah risiko yang sanggup diambil oleh seorang usahawan. Semakin besar risiko yang diambil semakin besar keuntungan yang akan diperoleh dan begitulah sebaliknya. Mereka yang bergelar usahawan mungkin sudah berapa kali jatuh dan mengalami kerugian. Namun itu tidak mematahkan semangat dalam diri mereka untuk terus bangkit dan mengejar status usahawan yang kaya raya dalam bidang yang di ceburi. Dalam laporan ini, saya akan kongsikan  artikel berkaitan usahawan dan bagaimana usahawan itu boleh mencapai kejayaan bersama biodata mereka dalam blog saya.
USAHAWAN

            1. Tan Sri Syed Mokhtar AL- Bukhari
            Beliau merupakan seorang ahli perniagaan jutawan Melayu yang kaya dan merupakan pengerusi Yayasan Al bukhary. Beliau mempunyai harta sebanyak RM8.84 bilion pada 2005 dan menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Latar belakang beliau sangat menarik kerana beliau bergelar jutawan walaupun tidak sempat mengambil peperiksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
            2. Tony Fernandes
            Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan merupakan pengasas kepada “Tune Air Sdn Bhd”, yang memperkenalkan penerbangan tambang. Beliau merupakan seorang yang tidak mempunyai asas dalam bidang penerbangan. Pencapaian yang membuatkan orang ramai kagum dengan beliau ialah pemulihan syarikat Air Asia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa dan berjaya mendapat persetujuan Langit Terbuka. Selain itu, kejayaan beliau membayar hutang yang berjumlah RM40 juta dalam masa yang singkat membuatkan beliau menjadi usahawan yang di segani.

            3. Lim Goh Tong
            Beliau merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 hingga beliau meninggal dunia pada umur 89 pada tahun 2007 dan meninggalkan harta sebanyak RM421.60 bilion. Kumpulan Genting yang di asas oleh beliau menjalankan pelbagai cabang kegiatan termasuk pelancongan, pelayaran, minyak dan gas, penjanaan tenaga, perladangan, pembuatan kertas, dan merupakan pusat perjudian yang terbesar di asia yang terletak di genting.

KESIMPULAN

Oleh itu, dengan perkongsian saya berkenaan usahawan dalam blog saya diharapkan dapat memberi inspirasi dan semangat kepada pembaca dan khususnya kepada diri saya sendiri untuk mengikut jejak mereka dalam perniagaan. Diharapkan dengan usaha yang sedikit ini akan membawa satu perubahan penting dan mampu memberi kesan kepada pembaca. 

Wednesday, 13 November 2013

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Tan Sri Syed









Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Tan Sri Syed
Umur : 63 Tahun
Tarikh Lahir : 1951
Asal : Alor Setar, Kedah
Pendidikan : SPM
Mula Berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

Latar Belakang Kehidupan
           
   Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Sebelum beliau menetap di kedah, keluarganya iaitu bapa mengembara ke asia tengah untuk berniaga. Pada tahun 1946, bapanya berkahwin dan menetap di Alor setar. Sebelum beliau hidup menjadi jutawan, beliau dahulunya seorang yang miskin dan hidup dalam serba kekurangan. Malah di katakan, rumah kayunya yang terletak di kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi.

Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di alor Setar. Pada umur beliau 9 tahun, beliau telah di hantar keluarganya ke Johor Baru untuk tinggal bersama-sama bapa saudaranya yang bernama Syed Omar. Setelah berada di sana hinggalah beliau tingkatan 2, beliau pulang ke kampung halaman dan bersekolah hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheals. Beliau membuktikan bahawa walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, namun itu bukan faktor yang menghalang beliau untuk berjaya sehingga di gelar jutawan.

Kemiskinan

Disebabkan keluarganya kurang berkemampuan, Tan Sri menolong keluarga dengan menanam sayur-sayuran dan menjualnya di pasar di jalan Telok Wan Jah. Beliau menjual roti canai di pasar yang sama.
Bapanya selalu meminta tolong beliau untuk membuat simpan kira sewaktu beliau berada di sekolah pada waktu rehat. Selepas waktu sekolah, beliau akan menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api di Alor Setar. Beliau banyak memperoleh ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja tersebut.

Permulaan

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya telah mengalami kerugian di sebabkan oleh tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu kemudian merebak ke Thailand, Kedah, Perlis yang menyebabkan semua binatang ternakan bapanya mati begitu sahaja. Bermula dari itu, beliau membuat keputusan untuk mengambil alih perniagaan bapanya dan di sebabkan kemerosotan dalam perniagaan menyebabkan beliau tidak lagi melibatkan diri dalam  bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Beliau menjual daging dengan cara membeli daging yang tidaqk terjual dan kemudian menjual balik kepada peniaga bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar dengan membungkus daging tersebut bersama ais. Perniagaan beliau telah berjaya dan kejayaan beliau mendorong beliau untuk teruskan lagi usaha dalam bidang perniagaan.
Selepas itu beliau beralih pula dari menjual daging kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, Tan Sri telah berjaya mendapat permit bagi empat buah lori kelas A. Beliau mendapat bantuan tajaan pinjaman sebanyak rm110,000 daripada pihak MARA yang di gunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Walaupun beliau hanya mampu untuk membeli dua buah lori, beliau mendapat empat permit lori.
Seorang peniaga Cina telah menawarkan sejumlah wang untuk membeli baki permit yang ada pada beliau. Namun Tan Sri enggan untuk menjualnya kepada peniaga cina tersebut dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua lori, beliau mula membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya. Beliau menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras yang masih wujud hingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Mula menubuhkan syarikat

            Pada tahun 1974, beliau membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Kemudian pada tahun 1975, beliau mula menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang di kenali sebagai Bernas. Kemudian dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd. iaitu syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Kemudian beliau membuat usaha sama dengan dua peniaga Cina iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Kedua-dua mereka masing-masing pedagang beras dan juga pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama tersebut, beliau memegang kepentingan sebanyak 52 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu mulakan operasi pada 15 Julai 1976 di pejabatnya di jalan Telok Wan Jah.

Mula Berkembang

      Tan Sri kemudiannya mengembangkan lagi perniagaannya kepada komoditi lain pula iaitu gula. Perniagaan gula ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah sehingga rm250 juta.

     Setahun lepas itu, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga di beli melalui UDA melalui sewa beli. Kemudian beliau diberi kontrak kerajaan untuk membekalkan beras, the, tepung susu, tepung coklat dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Beliau mengubah suai bahagian bawah pejabatnya menjadi pusat pembungkusan.

       Selepas mendapat kontrak pembekalan, beliau kemudian menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979 yang merupakan syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products yang memegang sebanyak 51 peratus kepentingan dalam syarikat ini. Produk ini dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Namun pada tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.


Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

     Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

     Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

     Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

     Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

     Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

     Pada masa yang sama, beliau mula melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

     Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

     Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

     Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

     Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Friday, 18 October 2013

Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes




BIODATA

NAMA : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes
UMUR : 49 tahun
TARIKH LAHIR : 30 APRIL 1964
ASAL : Kuala Lumpur, Malaysia
JAWATAN : Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd
PENDIDIKAN :  Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)

Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan harga RM 1 ringgit sahaja. Syarikat Air Asia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeng yang sudah berumur dan hutang sebanyak rm40 juta. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau.AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.

Pada tahun 2003, AirAsia menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab mereka kedua kerana kedudukannya yang dekat dengan Singapura dan melancarkan penerbangan ke Thailand. Kemudiannya, Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia.

Pada 22 Julai 2005, AirAsia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford Stadium di kota Manchester yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.
Terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun 2006.

Pada 27 Mac 2006, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa AirAsia mengambil alih 96 laluan domestik sampingan untuk disertakan dengan 19 laluan domestik utamanya sebagai sebahagian program rasionalisasi laluan Malaysia Airlines yang menyaksikan sebahagian besar penerbangan domestiknya dialihkan kepada AirAsia sejak 1 Ogos 2006.