ULASAN KETIGA-TIGA USAHAWAN :
Usahawan merupakan
seorang yang berani mengambil risiko dalam perniagaan yang di ceburi. Di
Malaysia terdapat ramai usahawan Melayu yang bergelar jutawan. Antaranya ialah
Tan Syed Mohktar Al-Bukhary, Datuk Mokhzani Mahathir. Kemahiran yang di miliki
oleh usahawan adalah sangat tinggi dan berfikir jauh ke depan. Ciri-ciri
usahawan bermula pada usia yang muda dan kemudian di pupuk ketika meningkat
usia. Sesetengah usahawan pula bermula pada usia pertengahan dan kemudian menjadi
usahawan pada usia yang lewat, namun, bukan usia yang menjadi alasan untuk
berjaya. Usahawan yang menjalankan perniagaan biasanya berkait rapat dengan
risiko. Sejauh manakah atau sebesar manakah risiko yang sanggup diambil oleh
seorang usahawan. Semakin besar risiko yang diambil semakin besar keuntungan
yang akan diperoleh dan begitulah sebaliknya. Mereka yang bergelar usahawan
mungkin sudah berapa kali jatuh dan mengalami kerugian. Namun itu tidak
mematahkan semangat dalam diri mereka untuk terus bangkit dan mengejar status
usahawan yang kaya raya dalam bidang yang di ceburi. Dalam laporan ini, saya
akan kongsikan artikel berkaitan usahawan
dan bagaimana usahawan itu boleh mencapai kejayaan bersama biodata mereka dalam
blog saya.
USAHAWAN:
1. Tan Sri Syed Mokhtar AL- Bukhari
Beliau merupakan
seorang ahli perniagaan jutawan Melayu yang kaya dan merupakan pengerusi
Yayasan Al bukhary. Beliau mempunyai harta sebanyak RM8.84 bilion pada 2005 dan
menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Latar belakang
beliau sangat menarik kerana beliau bergelar jutawan walaupun tidak sempat
mengambil peperiksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran
peperiksaan.
2. Tony Fernandes
Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan merupakan
pengasas kepada “Tune Air Sdn Bhd”, yang memperkenalkan penerbangan tambang.
Beliau merupakan seorang yang tidak mempunyai asas dalam bidang penerbangan. Pencapaian
yang membuatkan orang ramai kagum dengan beliau ialah pemulihan syarikat Air
Asia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa dan berjaya mendapat
persetujuan Langit Terbuka. Selain itu, kejayaan beliau membayar hutang yang
berjumlah RM40 juta dalam masa yang singkat membuatkan beliau menjadi usahawan
yang di segani.
3. Lim Goh Tong
Beliau merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya
di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 hingga beliau meninggal dunia pada umur 89
pada tahun 2007 dan meninggalkan harta sebanyak RM421.60 bilion. Kumpulan
Genting yang di asas oleh beliau menjalankan pelbagai cabang kegiatan termasuk
pelancongan, pelayaran, minyak dan gas, penjanaan tenaga, perladangan,
pembuatan kertas, dan merupakan pusat perjudian yang terbesar di asia yang
terletak di genting.
KESIMPULAN
Oleh itu, dengan
perkongsian saya berkenaan usahawan dalam blog saya diharapkan dapat memberi
inspirasi dan semangat kepada pembaca dan khususnya kepada diri saya sendiri
untuk mengikut jejak mereka dalam perniagaan. Diharapkan dengan usaha yang
sedikit ini akan membawa satu perubahan penting dan mampu memberi kesan kepada
pembaca.